BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 October 2012

Hari Yang Sungguh Touching... Sobs!!!

 
 
Bismillahirrahmanirrahim
Today is Tuesday October 30, 2012
 
 
Oleh kerana pil Folic Asid dah abes, so kena lah paksa+rela pegi ke klinik panel UTM untuk amek.  Di samping tu, nak gak mengada-ngada mengadu kat doctor tentang back pain yang agak teruk (kadang2 sampai nanges aku dibuatnya menahan).  Aku pun nak tanya ada tak pil yang boleh tahan or hilangkan muntah-muntah yang agak kronik ini.  Sebab orang lain Morning Sickness je, aku lak x mengira masa, nak morning ke, afternoon ke everning ke, whenever yang dia mau uwek-uwek so ikutkan je lah....
 
 
Ok nak citer pasal Klinik Keluarga nie.. Aku baru tukar panel klinik nie, sebab untuk periksa mengandung aku lebih suka kalau doctor pempuan yang check aku, so kalau nak scan ke apa ke senang, tak la segan sgt... Doctor nie namanya Dr. Roszalina, orangnya baik, aku masuk siap salam dgn aku, tapi beliau agak tegas orangnya.  Segala pertanyaan yang aku ajukan tak sangat dilayannya, cuma ayat yang berulang-ulang yang dia cakap "biasalah orang mengandung memang lah muntah-muntah" Owh oklah, aku faham doctor tak kasi aku ngada-ngada sangat kot... Tapi aku bukan ngada-ngada ok, aku mmg mabuk agak teruk... Minyak Cap Kapak, Minyak YuYi dan Vicks merupakan perfume yang terhebat pada pandanganku kini huhuhu sedih!
 

Ok pastu aku cakap dengan doctor tu boleh tak nak scan.. Oklah so nie 2nd time aku scan perut aku, first time masa nak confirmkan aku pregnant last month.  So kali nie best sangat, tak sangka, aku dapat tengok baby dah gerak-gerak, comelnya... Tangan dan kaki dia gerak-gerak, cutenya My Joy.... You're so beautiful syg... Mama tak tau lah kamu dah ada jantina atau belum tapi whatever it is Mama tetap syg kamu ok! Asalkan kamu sihat dan sempurna... InsyaAllah..... Amiiin..... Doctor printkan pic scan tu.. Meh aku share kat sini tapi x tau lah korang leh nampak dengan jelas tak baby nie.... Masa tengok pergerakan baby tu, tanpa sedar air mata aku mengalir... Sebak sangat.. Hubby aku tak ajak masuk pun, dia tunggu kat luar... Alahai ruginya hubby tak dapat tengok sekali.... :(
 
Selesai semua, aku pun keluar.  Doctor kasi aku pill Folic Asid dan pill Tahan Muntah (kalau perlu).. Pembantu klinik lak kasi susu ibu mengandung (menambah koleksi susu free aku, minumnya tak jugak, jarang-jarang aku minum susu nie).  Takpelah nanti dah ok, aku minum lah susu nie berkoyan-koyan :D
 
 Oh ye! Untuk menghilangkan mabuk-mabuk dan muntah-muntah so aku suka makan buah limau yang manis nie dan Tea Mix Herbalife Lemon Flava... Yummy sungguh!  Harapan aku semoga first trimester ini cepat berakhir dan mabuk-mabuk segera hilang... Amiiin....


 
 
 
 

Tuesday 23 October 2012

12 Weeks Pregnancy!

12 weeks pregnant

 
12 weeks pregnant
 
P/S : Ini bukan gambar aku dengan suamiku ya! Ini sekadar gambar hiasan jer :D
 

 
You are now 12 weeks pregnant, or in your 13th week if that's how you prefer to count it.

How your baby's growing

Your baby's face is changing. Her eyes, which started out on the sides of her head, have moved closer together and her ears are almost in their final position.

Now is the time when the tissues and organs that have already formed in your baby's body grow rapidly and mature. Your baby's intestines, which start out as a large swelling in the umbilical cord, will begin moving into her belly cavity about now.


How your life's changing

With luck your nausea will soon be on the wane and you'll begin to feel more energetic. You're probably also feeling relieved, because your risk of miscarriage has now dropped dramatically.

It might seem hard to believe if you're still in the throes of
morning sickness, but you'll soon regain your appetite.

Just make sure any meat that you eat is
thoroughly cooked to reduce any chance of toxoplasmosis. No rare steaks for you and be careful about what you eat at barbecues. If you get a craving for some Japanese, stay away from sushi and sashimi.

You may notice that your
gums bleed more now. Floss carefully as well as brushing. If you are worried or unsure about using over-the-counter remedies, talk to your doctor or ask your pharmacist for advice.

You're probably feeling more comfortable in loose clothing now. This is more likely to be because of
your emerging bump rather than any weight you've gained.

If you've had to consign your favourite jeans to the back of the wardrobe, find out what to look for in a new pair of
maternity jeans. One or two good-quality basics should see you through most of your pregnancy. You may also want to invest in more comfortable tights now.

For special occasions, you can choose from some of the smarter, more sophisticated styles that will set off your growing bump beautifully.

What's Happening Inside? Miss My Joy......

 
Bismillahirrahmanirrahim
23 Oktober 2012
 
Copy and Paste from http://www.babycenter.com.my

Fetal development - 11 weeks pregnant


Assalamualaikum Baby Mama... My Joy tengah buat apa tu syg? Macam nie ke agaknya keadaan kamu di dalam tu ye nak? Mama can't wait to see you! Take care syg!
bonehand
skin

You're getting close to the end of the first trimester. Most of the baby's critical development will be behind you after the next couple of weeks, and the odds of miscarriage will soon drop considerably.
Inside pregnancy video: a 3D animated look at a baby in this week of pregnancy. Take a look!
Measuring from the crown of his head to his rump, your 1.5-inch / 4-centimetre fetus has all his parts, from tooth buds to toenails. Your baby is busy kicking and stretching; his movements are so fluid they look like water ballet. Fingers and toes have fully separated. Now the fetus's main task during the next six months will be to grow larger and stronger until it can survive on its own outside the womb.

Thursday 18 October 2012

What's Happening To Me?



The first trimester comes to an end

While your baby is going through big changes, so far things have been going slower for you. But now you’re in for 10 weeks of rapid growth, just like your baby.
You are almost at the end of the first trimester; your uterus has been growing along with the foetus inside it. It is almost big enough to fill your pelvis. You are still in that stage when no one can actually tell whether you are pregnant or whether you have just had one too many treats lately. It can be frustrating! You see the glances, friends and co-workers who don’t dare to ask. And perhaps you are happy they are not asking! It’s a rather personal issue when and who to tell.
However you feel, don’t try losing weight. Losing weight when one is pregnant is never a good idea. A lot of toxins are stored in your body fat and will be released if you lose weight. This isn't good for the baby. Instead, pay attention to what you eat and how much you are moving; if you do not train regularly, maybe you can start going for a walk or maybe you like to swim?
By the way, you are now burning calories in a hurry, up to 25 per cent faster than you did before you were pregnant.
Good advice this week is to drink a lot of water; you need it for the production of both blood and amniotic fluid.
 

 
To Myself : Be strong mommy! InsyaAllah this condition will stop after this.....

What's Happening Inside My Tummy? It's 11th week now!


Bismillahirrahmanirrahim
19 Oktober 2012 (Isnin)





It’s no longer an embryo

At this time the foetal period has begun, leaving the embryonic period behind.
Now with everything in place, rapid growth begins in week 11! The crown-to-rump length of your baby will double in the next three weeks. Until week 20, halfway through the pregnancy, your baby will increase his or her weight 30-fold. And at the end of this week her head and body will be roughly equal in length.
 
Your baby can open its mouth and the tongue is fully developed. The liver takes up much of the space in the abdominal parts.
Your baby’s testicles or ovaries have been formed and one can make out external sex organs.
 
He or she is also getting into a more active phase. There is lots of room and lots of amniotic fluid to float and stretch in.
 
 
 

Illustration by Karoline Lenhult

Lagi Tips Menangani Muntah-Muntah dan Loya-Loya.

Untuk kebanyakan wanita, salah satu daripada petanda kehamilan adalah berasa kurang selesa di bahagian perut disusuli dengan muntah dan loya di waktu pagi. Jangan bimbang! Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan situasi tersebut.

Muntah dan loya di waktu pagi berpunca daripada turunnya kadar gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon kehamilan, dan tidak ada penawar muktamad untuknya setakat ini. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh cuba untuk mengurangkan muntah dan loya: • Kerap makan snek. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika anda tidak berkesempatan untuk makan, minum air barli atau glukos. • Adalah menjadi kebiasaan untuk anda mengalami kadar gula dalam darah yang rendah kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi. Jika anda berasa loya di waktu pagi, cubalah makan sedikit biskut atau buah pisang sebelum bangun dari katil. Makan sedikit snek sebelum tdur mungkin dapat membantu. • Pilih makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum, biskut kraker, nasi dan kentang. Makanlah makanan yang tidak mengandungi asid seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng. • Makanlah mengikut keinginan anda, asalkan anda mengawal diet anda dengan sihat. Anda mungkin juga teringin untuk makan makanan yang tidak pernah anda makan. Ini adalah perkara normal. • Cuba dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan kalau boleh, tidur sebentar di waktu siang. Elakkan stres. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu-minggu awal kehamilan, dan ini boleh mengakibatkan loya dan muntah. • Minum banyak air, jus buah-buahan dan susu. Elakkan kopi dan alkohol. • Cubalah akupuntur - ramai wanita menyukainya. • Jika anda jenis yang mabuk laut atau mabuk di dalam kereta, cuba elakkan berkereta dengan jarak yang jauh atau menaiki bot. Ini akan memburukkan lagi muntah dan loya anda. • Elakkan asap rokok dan asap kenderaan kerana ia mendorong anda loya atau muntah. • Halia adalah ubat loya yang diketahui umum. Teh halia sesuai untuk anda dan banyak dijual di farmasi atau di pasaraya. Anda juga boleh mencuba biskut halia atau minuman halia untuk kes-kes loya yang biasa. • Cuba gelang penahan mabuk laut. Ia akan memberikan tekanan kepada pergelangan tangan anda dan mudah di dapati di farmasi. Jika semua di atas tidak dapat mengurangkan muntah dan loya anda, ketahuilah bahawa loya dan muntah pada waktu pagi adalah proses kehamilan yang normal dan sihat. Ia akan berkurangan dalam 14-16 minggu kehamilan. Mungkin ini tidak banyak membantu, tetapi anda perlu berasa bertuah menantikan kehadiran cahaya mata anda!
 
 
 

Wednesday 17 October 2012

Mabuk-Mabuk During Pregnancy... :(

 
 
Bismillahirrahmanirrahim
17 Oktober 2012
 
Rasanya dah lama tak update blog. Sebenarnya aku dilanda mabuk-mabuk yang agak teruk. Lagi satu aku mmg tak sempat nak update coz kena keje even on weekend... Untuk mengatasi masalah mabuk-mabuk nie, aku sedaya upaya cuba tak nak makan asam or jeruk. Sekarang aku gantikan asam atau jeruk tu dengan buah-buahan segar.  Hari tu aku suka jambu air dan oren sekarang pulak almost everyday aku bawak bekal buah epal ke ofis... Husband amat membantu, dia rajin tolong potongkan buah epal tu, so senang nak makan kalau nak hilangkan loya-loya tu nanti.
 
Selain dari tu aku suka minum air yang masam macam Oren Sunquick dan Ribena dan rasanya sejak pregnant nie aku kurang selera minum air kosong :( Teruk kan.... Aku google kat internet and jumpa this blog (kotakemail.blogspot). Ada article tentang cara-cara nak avoid muntah. Jom kita control C and contol V. (Rasanya dia pun copy paste dari internet nie)
 

Cara elak muntah ketika mengandung


Bersama Dr Fauziah Mohammad Hassan

SOALAN: SAYA mempunyai seorang anak berumur tiga tahun. Saya ingin hamil lagi tetapi berasa takut kerana alahan saya ketika hamil amat teruk. Saya muntah dan mabuk sepanjang tempoh kehamilan dan terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali. Adakah ia akan berulang dan apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan muntah dan mabuk jika saya hamil lagi?

Susan,
Miri, Sarawak

JAWAPAN: ALAHAN ketika hamil seperti loya dan muntah sering berlaku kepada wanita hamil, terutama dalam tempoh tiga bulan mengandung. Kira-kira 70 peratus ibu hamil mengalami masalah ini.

Apabila alahan menjadi terlalu teruk sehingga menyebabkan permasalahan lain timbul seperti kekurangan air dalam badan (dehidrasi) dan menjejaskan paras atau kadar galian dalam badan (electrolytes imbalance) maka keadaan itu dikenali sebagai “hyperemesis gravidarum”.

Apabila masalah itu wujud, ibu akan dimasukkan ke wad untuk membetulkan kembali masalah kekurangan air dan mengimbangi semula galian di dalam tubuh.

Kadar masalah hyperemesis gravidarum ini ialah sebanyak satu hingga dua peratus. Faktor penyebab hyperemesis gravidarum ini tidak diketahui tetapi beberapa teori sudah pun dikemukakan seperti fungsi hormon estrogen dan human chorionic gonadotrophin (HCG).

Kadar kedua-dua hormon ini meningkat ketika hamil terutama pada kandungan yang sihat. Bagi kes kandungan kembar, lazimnya muntah-muntah menjadi lebih teruk kerana kadar hormon HCG menjadi lebih tinggi.

Begitu juga bagi kandungan anggur (molar pregnancy), kadar HCG meningkat melebihi paras biasa dan lazimnya menyebabkan ibu mempunyai masalah hyperemesis gravidarum.

Oleh itu, amat penting bagi ibu yang hamil pada peringkat awal dan bermasalah alahan teruk menjalani pemeriksaan ultra bunyi untuk mengenal pasti kandungan yang sihat dan bukan kembar ataupun kandungan anggur.

Teori lain mengaitkan permasalahan hormon tiroid seperti hormon perangsang tiroid (TSH). Oleh kerana HCG agak sama dengan TSH, ia akan merangsang pengeluaran hormon tiroid yang lain.

Ibu yang mempunyai masalah tiroid juga mengalami masalah hyperemesis gravidarum sehingga penyakit itu dirawat dengan ubat-ubatan. Teori paling lama mengenai hyperemesis gravidarum ini ialah teori psikologi.

Masalah psikologi ini hanya tertumpu kepada satu kumpulan kecil saja.

Pada keadaan biasa, muntah-muntah mula berlaku pada awal kehamilan sehingga 20 minggu kehamilan. Sebahagian besar ibu yang mengalami muntah-muntah akan mula reda selepas tiga bulan pertama kehamilan.

Hanya beberapa peratus saja ibu kurang bernasib baik apabila muntah itu berlanjutan sehingga melahirkan, sebagaimana dihadapi oleh anda.

Oleh kerana muntah terlalu kerap dan tiada cairan atau makanan yang boleh ditelan tanpa dikeluarkan kembali, ibu terbabit boleh mengalami masalah kekurangan air dan galian di dalam badan.

Kadangkala ibu-ibu mengalami penurunan berat badan apabila mereka mengalami masalah dan keadaan itu.

Pemeriksaan air kencing akan menunjukkan kekurangan air di dalam badan dan keadaan ini perlu dirawat untuk mencegah masalah lain yang lebih serius seperti terjejasnya fungsi hati, otak dan janin.

Rawatan boleh dibahagikan kepada beberapa cara berikut:

1. Rawatan sokongan cairan akan dimasukkan ke dalam badan ibu melalui saluran vena. Pengambilan makanan, cairan dan ubat-ubatan secara lazim perlu diberhentikan buat sementara waktu untuk merehatkan usus. Pengambilan secara lazim akan dimulakan kembali secara beransur-ansur sehinggalah ibu dapat mengambil ubat-ubatan, makanan dan cairan secara biasa.

Ibu dinasihatkan mengambil makanan dan cairan secara sedikit-sedikit tetapi kerap iaitu setiap satu jam. Sebagai contoh, sekeping biskut krim kraker mungkin mengambil masa selama empat jam untuk menghabiskannya, iaitu dengan memakan satu perempat saja. Begitu juga minuman. Ambil sedikit-sedikit.

2. Elakkan mengambil makanan berminyak dan memerlukan masa yang lama untuk penghadaman.

3. Rawatan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat muntah-muntah. Ubat-ubatan ini selamat digunakan pada awal kehamilan dan ibu tidak perlu risau mengenai keselamatan janin mereka terutama dari aspek kecacatan.

4. Rawatan khusus kepada penyakit tiroid dalam usaha mengawal penyakit itu dan pada sama mencegah atau mengurangkan muntah-muntah.

5. Mengambil vitamin B6 (pyridoxine) terbukti dapat memberi manfaat kepada ibu yang mengalami masalah muntah-muntah pada awal kehamilan.

6. Rawatan sokongan daripada suami dan keluarga sangat diperlukan. Kadangkala ibu boleh mengalami loya dan muntah pada awal kehamilan apabila suami menghampirinya. Oleh itu, suami tidak sepatutnya berkecil hati kerana keadaan ini, sebaliknya memberi sokongan padu kepada isterinya. Keadaan ini bukanlah sengaja dibuat-buat oleh isteri tetapi bagi sesetengah wanita bau adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan mereka terasa loya dan muntah.

Kadangkala loya dan muntah-muntah pada awal kehamilan menunjukkan janin dikandung sihat dan mempunyai kesudahan yang baik (favarouble outcome) seperti kurangnya kadar keguguran.

Sehubungan itu, anda perlu bersedia untuk menghadapi masalah muntah-muntah dan loya jika hamil kembali.

Ada kemungkinan juga apa yang dilalui sebelum ini tidak dilalui pada kehamilan akan datang. Ada kalanya keadaan loya dan muntah-muntah ini semakin berkurangan apabila seseorang itu hamil berikutnya.

Bersabarlah menghadapi kesukaran yang dilalui dan bersedialah untuk mengalami sebarang perkara ketika hamil kerana di sebalik setiap kesukaran, pasti ada ganjaran.

Kesukaran itu sudah pun dikenal pasti sebagaimana diterangkan di dalam al-Quran daripada surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Dan Kami berpesan kepada manusia supaya membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Tempoh hamil sampai selepas penyusuan ialah tiga puluh bulan sehingga apabila ia sampai pada peringkat dewasa dan meningkat usia empat puluh tahun ia pun berdoa: Wahai Tuhanku! Dorongkan aku supaya mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhakannya dan kurniakan kesolehan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin.”

Sunday 7 October 2012

...Berjaya Gak Aku Minum Susu Anmum Materna! Not Bad Rasanya! Ingat Teruk Sangat Rasanya!...

Bismillahirrahmanirrahim
Isnin 8 Oktober 2012
 

 
Alhamdulillah, setelah mengumpul kekuatan dan dipaksa oleh si suami makanya hari nie aku nekad untuk start minum susu ibu mengandung yang digembar-gemburkan oleh ramai pihak sebagai "Sedap".  So pagi nie, aku try buat, suam-suam kuku... Oh! Sungguh tak ku sangka! Rasanya lazattt! Perisa Coklat! Nyummmmmm...... Ok, insyaAllah pasni aku akan cuba istiqomah minum susu hebat dan lazat nie (utk memotivasikan diri) 2 kali sehari.  Pagi dan malam. Oleh kerana aku mmg jarang minum susu, kalau minum pun aku campur dalam shake Herbalife yang aku minum. Tapi kadang-kadang aku campur susu soya...
 
So, nak kongsi sket menu orang mengandung.  (orang mengandung takleh diet, not good for baby's progress). Nie style aku lah ye.
 
7.30 am - Shake Vanilla mix Soya Milk
8.00 ++ - makan buah (untuk hilangkan mual-mula @ loya)
9.00 am - makan biskut
9.30 am - minum susu hebat dan lazat (Susu Anmum Materna)
10.30 - 11.00 am - makan yang heavy cam kuetiaw/nasi lemak tapi kadang-kadang makan roti
1.00 pm - lunch secara moderate (nasi sket, ikan atau ayam dan sayur)
3.00 pm - makan kacang atau biskut
5.00 pm - biskut atau apa2 je yang ringan
8.00 pm - aku jarang makan tapi kalau makan, biasanya roti atau biskut
Sebelum tido - akan cuba minum susu Anmum lagi
 
So far camtu lah, tak tau lah samada akan stick camnie atau akan ubah jadual hehehe...
 
Oh ye, now time nak telan acid folic lak.  Pas makan heavy baru aku telan Herbalife nyer Omega + Calcium Plus :)
 
 

Friday 5 October 2012

...Susu Oh Susu!... (Nak Kena Minum Susu Mengandung Ke???)

Tips from Anmum...

During Pregnancy
Anmum Materna™ is high in folic acid, a nutrient clinically tested to support the growth of your foetus and reduce its risks of birth defects.
Anmum Materna

During Breastfeeding
Breastmilk contains all the right nutrients for your child and to ensure you get enough nutrients. Anmum Lacta™ is the only milk specially formulated for breastfeeding mums. It boosts your daily intake of Gangliosides - which promote your child's brain cell connections. It also contains Folate, DHA, FOS, Calcium, Iron as well as other important vitamins and minerals to support your pregnancy as well as your child's optimal mental and physical growth and development.
Anmum Lacta



Aiyohhhh! Bercintanya nak minum susu... Tekak loya-loya camnie kan nak suh minum susu lak... Tapi aku tengok packaging dia macam sedap jer, ada flava Choc lah! Tapi tak try lagi... Hmmm... Nampaknya, pinggang dah start rasa sakit, katanya time nie baby 'curik' kalsium ibu... Ye ke? Pill Asid Folic hari-hari aku telan... Ikan pun aku makan.. Apa lagi ekk untuk kalsium? Hmmm... Aku tekad aku kena cuba minum susu tu, untuk kebaikan aku dan baby gak kan... Untukmu My Joy, Mama cuba telan ye susu tu... Apakah rasanya ekk? Oklah nanti dah try aku citer kay :) Stop kat sini dulu.

 

Ayat-Ayat Al-Quran Untuk Amalan Ibu Mengandung (Credit to http://n-a-d-e.blogspot.com/2009/12l


Antara ayat-ayat al-quran yang baik dibaca time preggy :)

Ketika wanita sedang mengandung maka ia perlu mengerjakan sesuatu yang dipertintahkan oleh Allah S.W.T. Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia, agar menjadikan seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Proses kejadian manusia banyak diterangkan di dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T. :


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَاماً فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقاً آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan ditempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah. Pencipta yang paling baik" (Al-mukminun : 12-14)

Antara amalan yang baik dilakukan ketika mengandung ialah :

  • Banyak bertaubat
  • Menutup aurat
  • Banyak membaca ayat suci Al-Quran
  • Membaca doa

Ayat suci Al-Quran yang baik dibaca ketika mengandung ialah :

  • Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Membaca Surah Yassin
  • Membaca Surah At-Taubah
  • Membaca Surah Yusuf (Agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna)
  • Membaca Surah Luqman (Agar memperolehi anak yang taat)
  • Membaca Surah Maryam (Agar memperolehi anak yang sabar dan taat)
  • Membaca Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ
وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

(An-Nahl : 78)

  • Membaca Surah Al-A'raf ayat 189 :

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفاً فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

"Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami terraasuk orang-orang yang bersyukur"

(Al-A'raf : 189)

....Dan Apabila Baju-Baju Sudah Tak Muat!.....

Bismillahirrahim
 
5 Oktober 2012
 
 
Bila kandungan dah nak masuk 3 bulan nie, perasan yang baju-baju kebanyakkan dah tak muat.  Just imagine, skang aku cuma ada beberapa helai je baju kurang (Saiz L) yang muat untuk dipakai ke ofis. Arrghhh tensennya! Sebenarnya aku tak perasan sangat masalah kekurangan baju nie, sebab hubby adalah org yang baik hati bertanggungjawab menggosok baju kerja aku... Bila dia gosok baju yang aku rasa baru je pakai, so baru terdetik yang aku kena beli beberapa helai lagi baju untuk dipakai ke ofis.
 
Setakat nie aku masih lagi pakai baju kurung ke ofis, mungkin kandungan dan 4 bulan ke atas aku akan start pakai maternity wear.  Nak cuba pakai jubah, tapi segan sebab aku tak penah pakai jubah sebelum nie. Bila aku dah start bising baju semua dah ketat, hubby cakap "jom weekend nie kita gi Kota Tinggi cari baju yang selesa untuk gi ofis". Oklah, insyaAllah esok aku dgn hubby akan gi tengok baju-baju yang selesa (saiz besar la tuuuu) L or XL... (XL? dah nak sama dengan saiz aku sebelum kurus dengan Herbalife dulu! Dulu aku pakai XXL!) Duluuuuuuu.... Now dah kena beli XL? Owh xpelah, sebab pregnant kan? Pas bersalin nanti diet lah balik! Kan ada Herbalife Shapeworks! Huhuhu...
 
Topik petang nie, of course pasal baju maternity a.k.a baju mengandung. These are several contoh yang aku surf kat internet. Quite nice! Pasnie leh lah shopping baju-baju camtu :) Nice...








 
Owh ye! Yang kaler hitam bawah tu sekali jubah. Emm nice gak kan! InsyaAllah i will try to wear jubah someday :)

Wednesday 3 October 2012

Herbalife During Pregnancy

Bismillahirrahmanirrahim
 
Aku still consume Herbalife products even aku tengah pregnant coz it's safe utk semua... Tapi frankly speaking aku dah tak ingat betapa sedapnya dan nikmatnya rasa shake Herbalife skang.  Kata org, apa yang kita suka, kita akan x suka masa preggy nie dan sebaliknya la.. So flava shake yang still aku leh telan adalah perisa Tropical Fruit, Strawberry dan Vanilla. Choc dan Cappucino cannot pegi la... :(




Tea Mix pun aku still amik, tapi jarang-jarang la.. Dan tak banyak sangat... Bukan apa, memang tekak nie tak selera.. Aku skang suka air ribena dengan air oren sunquick.. Tapi aku rasa kena la kurangkan sebab time pregnant we have to watch out our sugar intake kan... Sama macam shake, aku dah tak rasa yang tea mix nie lazat macam aku rasa dulu... Huhuhu sungguh ini memang satu 'pembawakan'.  Apa pun pendapat aku, time pregnant kena gak minum tea mix nie untuk tenaga, so tak lah nak asyik melepek jer...
 
 
 
Aloe pun aku still amik awal-awal pagi, yang aku perasan, kalau aku amik aloe pagi-pagi sebelum minum shake, loya-loya tu tak lah ketara sangat dan yang paling best boleh 'membuang' dengan selesanya.. Tak kira buang yang kecik or yang yang besar :)
 
 

 

Baby Comel-Comel!




















 
 
Orang kata time pregnant camner kena selalu tengok gambar baby-baby yang comel, insyaAllah nanti baby kita comel :)... Mmg aku suka pun cari kat internet gambar baby-baby yang cute-cute... Semoga babyku sihat, sempurna sifatnya, cantik rupanya secantik akhlaknya... Mama can't wait to see you, My Joy. Semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT..... Amiiiin....