Untuk kebanyakan wanita, salah satu daripada petanda kehamilan adalah berasa kurang selesa di bahagian perut disusuli dengan muntah dan loya di waktu pagi. Jangan bimbang! Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan situasi tersebut.
Muntah dan loya di waktu pagi berpunca daripada turunnya kadar gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon kehamilan, dan tidak ada penawar muktamad untuknya setakat ini. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh cuba untuk mengurangkan muntah dan loya: • Kerap makan snek. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika anda tidak berkesempatan untuk makan, minum air barli atau glukos. • Adalah menjadi kebiasaan untuk anda mengalami kadar gula dalam darah yang rendah kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi. Jika anda berasa loya di waktu pagi, cubalah makan sedikit biskut atau buah pisang sebelum bangun dari katil. Makan sedikit snek sebelum tdur mungkin dapat membantu. • Pilih makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum, biskut kraker, nasi dan kentang. Makanlah makanan yang tidak mengandungi asid seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng. • Makanlah mengikut keinginan anda, asalkan anda mengawal diet anda dengan sihat. Anda mungkin juga teringin untuk makan makanan yang tidak pernah anda makan. Ini adalah perkara normal. • Cuba dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan kalau boleh, tidur sebentar di waktu siang. Elakkan stres. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu-minggu awal kehamilan, dan ini boleh mengakibatkan loya dan muntah. • Minum banyak air, jus buah-buahan dan susu. Elakkan kopi dan alkohol. • Cubalah akupuntur - ramai wanita menyukainya. • Jika anda jenis yang mabuk laut atau mabuk di dalam kereta, cuba elakkan berkereta dengan jarak yang jauh atau menaiki bot. Ini akan memburukkan lagi muntah dan loya anda. • Elakkan asap rokok dan asap kenderaan kerana ia mendorong anda loya atau muntah. • Halia adalah ubat loya yang diketahui umum. Teh halia sesuai untuk anda dan banyak dijual di farmasi atau di pasaraya. Anda juga boleh mencuba biskut halia atau minuman halia untuk kes-kes loya yang biasa. • Cuba gelang penahan mabuk laut. Ia akan memberikan tekanan kepada pergelangan tangan anda dan mudah di dapati di farmasi. Jika semua di atas tidak dapat mengurangkan muntah dan loya anda, ketahuilah bahawa loya dan muntah pada waktu pagi adalah proses kehamilan yang normal dan sihat. Ia akan berkurangan dalam 14-16 minggu kehamilan. Mungkin ini tidak banyak membantu, tetapi anda perlu berasa bertuah menantikan kehadiran cahaya mata anda!
0 comments:
Post a Comment